Pelan-pelan PRUlady meraikan keistimewaan seorang wanita.

Wanita dilahirkan dengan sifat-sifat yang menjadikannya tunggak kestabilan keluarga, bandar raya, negara dan benua. Inilah kelebihan mereka. Sebagai anak perempuan, kakak, teman wanita, ibu, isteri, anak saudara, ibu saudara, nenek dan sahabat, wanita banyak memainkan peranan yang berlainan sepanjang hayat mereka dan kesemuanya mempunyai tanggungjawab tersendiri. Inilah yang menjadikan wanita unik. Inilah yang menjadikan anda unik.

Sebagai seorang wanita, anda juga akan menghadapi beberapa cabaran kesihatan yang unik. Keadaan tubuh badan anda yang dicipta dengan keupayaan untuk melahirkan zuriat menjadikannya lebih kompleks. Ini bermakna anda boleh mendapat penyakit-penyakit yang unik kepada wanita.

Perkara-perkara ini telah diabai atau diketepikan. Kami di Prudential amat menghargai keistimewaan anda sebagai wanita dan itulah sebabnya kami menawarkan pelan-pelan PRUlady kami – untuk memberi anda ketenangan fikiran bahawa walau apa pun yang tejadi, kesihatan dan kesejahteraan anda akan sentiasa dilindungi.

Pelan-pelan PRUlady melenyapkan kebimbangan dengan perlindungan unik untuk wanita.

Di Prudential, kami memahami bahawa wanita mempunyai keperluan yang unik. Itulah sebabnya pelan-pelan PRUlady menyediakan perlindungankewangan daripada masalah dan penyakit yang membimbangkan semua wanita setiap hari.

Pelan-pelan PRUlady telah dirumus untuk melengkapkan PRUlink assurance plan anda, dengan menawarkan perlindungan yang lebih menyeluruh dan fleksibel untuk melindungi anda daripada bebanan kewangan disebabkan oleh pelbagai penyakit wanita dan juga untuk meraikan peristiwa-peristiwa penting dalam hidup anda.

Pelan-pelan PRUlady membolehkan anda menjadi wanita yang dihargai

Pelan-pelan PRUlady dirumus sebagaiteman setia anda; untuk melindungi anda dalam keadaan apa sekalipun. Terdapat 2 pelan untuk pilihan anda:

1.      PRUlady

2.      PRUlady plus

PRUlady melindungi wanita dari segenap lapisan hidup, dengan menawarkan perlindungan daripada penyakit-penyakit wanita seperti kanser payu dara dan serviks.

PRUlady plus dirumus khas untuk wanita yang merancang untuk memulakan hidup berkeluaga atau melahirkan lebih ramai cahaya mata. PRUlady plus bukan sahaja memberikan segala perlindungan yang boleh didapati daripada PRUlady, malah ia juga melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit kongenital bayi. Lebih penting lagi, ia turut meraikan dua peristiwa yang sangat peting dalam hidup seorang wanita dengan memberikan manfaat perkahwinan dan kelahiran anak.

Manfaat Sepintas Lalu

Pelan-pelan PRUlady kami menawarkan pelbagai manfaat yang memberikan anda keselesaan dan kesejahteraan.

·         Pilihan daripada dua pelan : PRUlady atau PRUlady plus.

·         Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsuranskan -RM50,000.00 , RM100,000.00 atau RM150,000.00 untuk pilihan anda.

PRUlady menawarkan:

·         Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita.

PRUlady plus menawarkan:

·         Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita.

·         Manfaat Penjagaan Ibu yang melindugi komplikasi kehamilan dan penyakit penyakit kongenital bayi.

·         Manfaat Peringkat Hidup untuk meraikan dua peristiwa penting dalam hidup wanita – perkahwinan dan kelahiran anak.

 

Senarai Manfaat-Manfaat

(A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 100% jumlah yang diinsuranskan akan dibayar.

Kanser berkaitan wanita

·         Kanser Payudara atau

·         Kanser Uterus Servik atau

·         Kanser Tiub Falopio atau

·         Kanser Ovari atau

·         Kanser Uterus atau

·         Kanser Vagina/Vulva

atau

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsuranskan akan dibayar sekiranya disahkan menghidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks. Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya menghidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, Prudential akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsuranskan.

(B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsuranskan akan dibayar.

·         Artritis Reumatoid dengan Komplkasi atau

·         Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau

·         Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau

·         Graf Kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau

·         Keretakan Osteoporosis

 

Penjagaan Ibu

(A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. RM10,000.00 akan dibayar.

Komplikasi Kehamilan

·         Penyebaran Penggumpalan Intravaskular ( selepas hamil 7 bulan ) atau

·         Kehamilan Ektopik atau

·         Keguguran Lewat ( dari hari126 hingga hari 196 kehamilan ) atau

·         Kematian Fetus ( selepas hamil 196 hari ) atau

·         Kematian Anak ( dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran.

(B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. RM20,000.00 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongenital Bayi

·         Sindrom Down atau

·         Kecacatan Ventrikal Septum atau

·         Kecacatan Atrium Septum atau

·         Spina Bifida atau

·         Lelangit Rekah

Bayi mestilah hidup lebih daripada 30 hari selepas dilahikan dan didiagnosis dalam tempoh2 tahun selepas kelahiran.

Peringkat Hidup

Manfaat Peringkat Hidup dibayar bagi maksimum dua peristiwa. RM1,500.00 akan dibayar untuk setiap peristiwa.

Sama ada

(A) Tuntutan 1 peristiwa Perkahwinan dan 1 peristiwa Kelahiran Anak

atau

(B) Tuntutan 2 peristiwa Kelahiran Anak

 

Peristiwa pertama hanya dibayar selepas pelan berkuatkuasa selama 2 tahun dan sekurang-kurangnya 2 tahun premium telah dibayar ( bergantung kepada tempoh tangguh selama 1 tahun )

Peristiwa kedua hanya dibayar selepas pelan berkuatkuasa selama 4 tahun dan sekurang-kurangnya 4 tahun premium telah dibayar.

Nota: Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita dan Manfaat Panjagaan Ibu mestilah kejadian yang pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsuranskan.

Siapa Yang Boleh Menyertai Pelan-Pelan PRUlady?

Anda boleh menyertai PRUlady atau PRUlady plus, bergantung kepada keperluan perlindungan anda.

PRUlady

·         Usia penyertaan di antara 18 dan 60 tahun.

·         Anda boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan sehingga usia 60, 70 atau 80 tahun.

·         Jika anda memilih untuk mendapatkan perlindungan sehingga usia 60 tahun, usia penyertaan anda mestilah di antara 18 dan 50 tahun.

 

PRUlady plus

·         Usia penyertaan di antara 18 dan 40 tahun

·         Anda boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan sehingga usia 60, 70 atau 80 tahun.

·         Perlindungan untuk Manfaat Penjagaan Ibu luput pada usia 50 tahu.

Berapa Banyak Premium Yang Perlu Di Bayar?

Pelan-pelan PRUlady sesuai dengan kemampuan anda. Premium yang perlu dibayar bergantung kepada umur anda sewaktu anda membeli polisi, pelan yang  anda pilih dan jumlah yang diinsuranskan. Sebagai contoh, jika anda berusia 18 tahun dan memilih PRUlady dengan jumlah yang diinsuranskan RM50,000.00 dan tamat tempoh pada umur 60 tahun, anda akan membayar RM317 setahun (RM26.50 sebulan). Premium ini akan ditambah kepada jumlah premium tahunan PRUlink assurance plan.

Sungguhpun kadar premium adalah tetap dan ditentukan pada masa pembelian, Prudential berhak untuk mengubah kadar premium jika pengalaman tuntutan sebenar yang dialami adalah lebih buruk daripada yang dijangkakan. Dalam kes seperti ini, Prudential akan memberi notis bertulis 90 hari.

Bagaimana premium dibayar?

Kaedah dan kekerapan pembayaran premium untuk pelan-pelan PRUlady adalah sama seperti PRUlink assurance plan anda. Bagaimanapun tempoh pembayaran premium bergantung kepada jangkamasa pelan yang anda pilih.

Bilakah manfaatnya Ditamatkan?

PRUlady dan PRUlady plus akan berkuatkuasa sehingga semua manfaat digunakan sepenuhnya. Bagaimanapun, keluputan PRUlady atau PRUlady plus tidak menjejaskan PRUlink assurance plan anda.

Contoh :

PRUlady

Pelan ini luput apabila anda telah membuat tuntutan sehingga 130% jumlah yang diinsuranskan daripada Manfaat Penjagaan Wanita.

PRUlady plus

Pelan ini luput apabila anda telah membuat tuntutan :

·         130% daripada jumlah yang diinsuranskan daripada Manfaat Penjagaan Wanita.

·         Satu kejadian daripada Komplikasi Kehamilan dan Satu kejadian daripada penyakit-penyakit Kongenital Bayi di bawah Manfaat Penjagaan Ibu, dan

·         Dua peristiwa daripada Manfaat Peringkat Hidup.

Apakah Pengecualiannya?

Prudential tidak akan membayar sebarang caj atau keadaan yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh salah satu kejadian berikut :-

·         Sebarang kecederaan atau penyakit disebabkan oleh perbuatan yang dilakukan sendiri samada semasa siuman atau tidak.

·         Sebarang kecederaan atau penyakit yang disebabkan oleh peperangan penaklukan, tindakan ganas musuh luar (samada peperangan diisytiharkan atau tidak),peperangan saudara, pemberontakan, revolusi, kebangkitan, kuasa ketenteraan atau rampasan kuasa.

·         Kewujudan Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) atau sebarang jangkitan Virus Kurang Daya Tahan Penyakit Manusia (HIV).

·         Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastic (kecuali diperlukan akibat kecederaan atau penyakit)

·         Sebarang perlanggaran undang-undang atau cubaan melanggar undang-undang atau menghalang penangkapan.

·         Penyalahgunaan/ketagihan alkohol atau unsurnya.

·         Pelakuran nuklear, pembelahan nuklear, sisa nuklear atau sebarang radiasi radioaktif atau pengionan.

·         Sebarang kecederaan atau penyakit yang timbul akibat penyertaan   dalam sukan professional,sebarang acara perlumbaan, pentelana skuba, aktiviti sukan udara seperti peluncuran gantung, penerbangan belon dan sebarang aktiviti atau sukan lain yang merbahaya, melainkan dipersetujui oleh pihak Prudential melalui pengubahsuaian istimewa.

·         Kegagalan untuk mendapatkan atau mematuhi nasihat perubatan.

Pengecualian bagi Manfaat Komplikasi Kehamilan dan Penyakit-penyakit Kongenital Bayi

·         Prudential hanya akan bertanggungjawab terhadap SATU keadaan yang diinsuranskan (komplikasi), tidak kira berapa bilangan komplikasi kehamilan yang dialami oleh Hayat Diinsurankan.

·         Prudential hanya akan bertanggungjawab terhadap SATU keadaan yang diinsuranskan (kecacatan congenital), tidak kira berapa bilangan kecacatan congenital yang dialami oleh Anak Hayat Diinsuranskan.

·         Manfaat Komplikasi Kehamilan tidak akan dibayar jika :

1.      Hayat Diinsuranskan memilih untuk menamatkan kehamilan secara elektif bukan atas sebab-sebab perubatan.

2.      Kehamilan adalah hasil daripada rawatan kesuburan ,termasuk persenyawaan in-vintro.

Tempoh hidup

Manfaat-manfaat berikut hanya akan dibayar dengan syarat Hayat Diinsuranskan masih hidup 30 hari selepas penyakit didiagnosis.

·         Manfaat Penjagaan Wanita

·         Penyebaran Pengumpalan Intravaskular dan Kehamilan Ektopik di bawah Manfaat Penjagaan Ibu.

 

Tempoh Tangguh

1.      Manfaat penjagaan Wanita dan Manfaat Penjagaan Ibu akan dibayar untuk kejadian yang berlaku buat pertama kali dan jika gejala-gejalanya pertama kali timbul selepas tempoh tangguh yang ditetapkan dalam Jadual A.

2.      Manfaat Peringkat Hidup akan dibayar untuk peristiwa pertama yang timbul selepas tempoh tangguh yang ditetapkan dalam Jadual A.

 

                                                                 JADUAL A

Keadaan

Tempoh Tangguh

Keadaan

Tempoh Tangguh

 Kanser Berkaitan Wanita

60 Hari

Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan)

1 Tahun

Lupus Eritematosus Sistematik Dengan Lupus Nefritis

180 Hari

Kehamilan Ektopik

1 Tahun

Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks

180 Hari

Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan)

1 Tahun

Artritis Reumatoid dengan Komplikasi

Tidak Berkenaan

Kematian Fetus (selepas 196 hari kehamilan)

1 Tahun

Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan

60 Hari

Kematian anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)

1 Tahun

Graf Kulit kerana kebakaran atau kanser kulit

60 Hari

Kecacatan Ventrikal Septum

1 Tahun

Keretakan Osteoporosis

60 Hari

Kecacatan Atrium Septum

1 Tahun

 

 

Spina Bifida

1 Tahun

 

 

Lelangit Rekah

1 Tahun

Peristiwa

Tempoh Tangguh

Peristiwa

Tempoh Tangguh

Perkahwinan

1 Tahun

Kelahiran Anak

1 Tahun

*Istilah-istilah Perubatan Perlu Dirujuk Kepada Pakar Perubatan*

 

Peringatan Penting

·          Pelan-pelan PRUlady tidak mempunyai nilai tunai (cash value). Ia adalah attachment pelan untuk PRUlink assurance plan hanya dengan tambahan RM30.00 minimum.

·         Anda perlu memastikan polisi anda memenuhi keperluan anda dan anda mampu membayar premium sepanjang tempoh polisi anda.

·         Anda diberi tempoh berfikir selama 15 hari selepas polisi diserahkan kepada anda untuk diteliti sama ada polisi berkenaan memenuhi keperluan anda. Jika anda mengembalikan polisi dalam tempoh tersebut, premium anda akan dibayar balik, tertakluk kepada potongan ke atas sebarang perbelanjaan yang ditanggung untuk pemeriksaan perubatan.

·         Nota ini adalah sebagai rujukan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat-syarat, sila rujuk document polisi.

  

Raikanlah Keistimewaan Kaum Wanita Dengan Pelan-Pelan PRUlady Hari Ini.

 

Jika Ingin Mendapatkan Keterangan Terperinci Mengenai Produk Insuran Yang Di minati…Sila hubungi Adiah talian 012-3940474 dan boleh juga melalui Emel/YM di adieismail@yahoo.com

 

Risalah ini adalah sebagai penjelasan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk
dokumen polisi.

 

Adakah anda telah bersedia meninggalkan yg tersayang?
apakah bakal anda tinggalkan?

Harta?? atau beban Hutang

Bagaimana Pula kalau semalam kita telah tiada?
Fikir2kan..

Apakah simpanan kita cukup untuk menampung
segala hutang piutang bila kita tiada??

Bagaimana tentang pelajaran anak?
mampukan kita menanggung perbelajaan
10 tahun akan datang?

Kami ada plan untuk anda dan anak2 anda

Temui kami.. kami buka kan jalan untuk
membantu anda??

Lindungi diri anda dan keluarga tersayang
Today, there have been 2 visitors (2 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free