Untuk bil-bil perubatan besar anda...

Anda dibenarkan pulang. Tetapi biasanya, rawatan tidak berakhir di situ sahaja. Jadi bagaimana?

Kebanyakan orang fikir mereka sudah merancang pembiayaan kos rawatan hospital mereka. Mereka yakin mereka telah membuat pilihan pelan perubatan yang tepat. Mereka mengandaikan majikan mereka telah menyediakan perlindungan perubatan yang secukupnya.

Sehinggalah mereka dimasukkan ke hospital.

Pada waktu inilah seseorang itu akan sedar bahawa perbelanjaan perubatan selalunya berterusan walaupun setelah keluar dari hospital. Apatah lagi, kos-kos rawatan di hospital juga telah meningkat di luar jangkaan kita sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kemudian, ada pula kos-kos rawatan selepas dikeluarkan dari hospital. Kos penjagaan jururawat di rumah. Atau dialisis buah pinggang. Atau kemoterapi.

Di Prudential, kami mendengar dan memahami keperluan anda. PRUmajor med 3 membolehkan anda membiayai bil-bil hospital yang besar.

Bebaskan diri anda daripada kekusutan kewangan akibat bil hospital yang tinggi

PRUmajor med 3 adalah pelan perubatan unik yang direka untuk membantu anda membayar bil-bil hospital yang besar. Dengan perlindungan perubatan yang lebih komprehensif, pelan ini menawarkan anda :

·         Had Tahunan Yang Tinggi

·         Kebebasan Memilih Hospital-hospital dan Doktor-doktor

·         Perlindungan 24 Jam Di Seluruh Dunia

·         Perkhidmatan Hospital Rangkaian Di Hospital Tertentu

·         Jaminan Pembaharuan

·         Tiada jadual Pembedahan Yang Terhad

·         Manfaat Yang Termasuk Cukai Perkhidmatan

·         Rawatan Sebelum Masuk dan Selepas Keluar Hospital

·         Penjagaan Jururawat Di Rumah

·         Pembedahan Balik Hari

·         Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Untuk Kecederaan Akibat Kemalangan

·         Rawatan Pesakit Luar Bagi Penyakit Barah dan Dialisis Buah Pinggang

·         Bantuan Perubatan Kecemasan Antarabangsa dan Tempatan

Memperkenalkan PRUmajor med 3

PRUmajor med 3 adalah pelan perubatan utama yang direka untuk membayar balik perbelanjaan perubatan besar yang ditanggung sekiranya anda dimasukkan ke hospital, sehingga umur 70 tahun.

  

Koinsurans

          Bagi Manfaat Hospital & Pembedahan (kecuali Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian), anda membayar 10% daripada jumlah perbelanjaan yang layak, tertakluk kepada jumlah Koinsurans Minimum sebanyak RM300.00 dan Jumlah Koinsurans Maksimum sebanyak RM1,000.00. Pihak syarikat akan membayar bakinya. Pihak syarikat berhak untuk menyemak semula Jumlah Koinsurans Minimum dan Maksimum sekali setiap 12 bulan dengan memberi notis 30 hari. Bagi Jumlah Koinsurans Minimum sahaja, jumlah yang akan dinaikkan semasa penyemakan semula tersebut tidak akan melebihi RM100.00.

**         Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar, anda membayar 10% daripada jumlah manfaat yang layak dan pihak Prudential membayar bakinya.

Jumlah manfaat-manfaat yang akan dibayar dalam setahun mestilah tidak melebihi Had Tahunan Keseluruhan. Jumlah manfaat-manfaat yang akan dibayar dalam tempoh seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup.

Perlindungan bemula serta-merta selepas penerimaan, bagi kemasukan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan hanya bermula 30 hari selepas penerimaan, bagi sebab-sebab lain.

MEDICAL CARD

Prudential akan mengeluarkan kad PRUassist untuk anda dibawah Bantuan Perubatan Kecemasan apabila anda membeli PRUmajor med 3. Anda boleh menghubungi perkhidmatan 24 jam PRUassist (dikendalikan oleh International SOS) pada bila-bila masa secara caj kembalian [ reverse charge ] dari mana-mana tempat di seluruh dunia untuk mendapatkan bantuan dan perkhidmatan, Kad PRUassist boleh juga digunakan untuk kemasukan ke hospital di bawah Perkhidmatan Hospital Rangkaian di hospital-hospital tertentu.

Bagaimana PRUmajor med 3 Membayar Rawatan Perubatan Di Luar Negara?

Jika anda menerima rawatan perubatan di luar negara, manfaat akan dibayar mengikut kos rawatan yang biasanya dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda tinggal di luar negara selama lebih daripada 90 hari bagi setiap perjalanan.

Apakah pengecualiannya?

Pengecualian yang biasa ialah:

·         Kecederaan diri yang disengajakan.

·         Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.

·         Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin. (Sila rujuk Pelan PRUlady untuk perbezaan)

·         Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.

·         Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit.

·         Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, dianogsis, pemeriksaan x-ray, pemeriksaan fizikal atau kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.

·         AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.

·         Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan perubatan.

·         Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.

·         Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.

·         Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.

·         Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 12 bulan pertama perlindungan.

·         Penyakit-penyakit tertentu berikut bagi 4 bulan pertama perlindungan :-

     1.      Batu karang di dalam sistem kencing dan hempedu.

     2.      Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung).

     3.      Diabetes melitus.

     4.      Katarak atau pterigium.

     5.      Semua ketumbuhan, sista, polip atau barah.

     6.      Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil.

     7.      Hernia, buasir atau fistula.

     8.      Gastritis, gastrik atau ulser duodenal.

     9.      Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin.

·         Kewujudan sebarang tanda atau simptom yang untuknya rawatan, pengubatan, perundingan, nasihat atau diagnosis telah didapatkan atau diterima sepanjang 2 tahun sebelum bermulanya polisi.

Berapakah Premium Yang Perlu Saya Bayar?

Premium PRUmajor med 3 boleh didapati dalam 2 bentuk. Jika PRUmajor med 3 dilampirkan pada sesuatu polisi PRUlink, premium paras perlu dibayar. Premium PRUmajor med 3 yang dilampirkan pada polisi insurans hayat tradisional adalah berdasarkan umur tercapai. Apabila umur meningkat, premiumnya juga meningkat.

Premium yang perlu anda bayar bergantung kepada umur anda, kelas pekerjaan dan pelan yang anda pilih. Premium hendaklah dibayar sepanjang tempoh pelan. Anda mesti memaklumkan kepada syarikat tentang sebarang perubahan dalam pekerjaan anda, kegemaran atau sukan kerana ia boleh memberi kesan kepada premium, terma, syarat dan manfaat. Kadar premium tidak dijamin. Prudential berhak untuk mengubah premium dengan memberi notis 30 hari jika pengalaman tuntutan sebenar adalah lebih buruk daripada jangkaan.

Bagaimana Anda Boleh Menyertai PRUmajor med 3?

Anda boleh melampirkan PRUmajor med 3 kepada polisi insurans hayat yang telah anda beli daripada Prudential. Ia juga terbuka untuk anak-anak anda.

Notis Penting

·         PRUmajor med 3 tidak mempunyai sebarang nilai tunai.

·         Anda perlu memastikan bahawa pelan anda memenuhi keperluan anda dan anda mampu membayar premium sepanjang tempoh pelan anda.

·         Anda diberi tempoh berfikir selama 15 hari selepas polisi diserahkan kepada anda untuk meneliti jika berkenaan menepati keperluan anda. Jika anda mengembalikan polisi dalam tempoh tersebut, premium anda akan dibayar balik, tertakluk kepada potongan sebarang perbelanjaan yang dibayar untuk pemeriksaan kesihatan.

 

Sertailah Sekarang!!!

012-3940474

adieismail@yahoo.com

  Jika Ingin Mendapatkan Keterangan Terperinci Mengenai Produk Insuran Yang Di minati…Sila hubungi Adiah di talian 012-3940474 dan boleh juga melalui Emel/YM di adieismail@yahoolcom

Risalah ini adalah sebagai penjelasan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk
dokumen polisi.

Risalah ini adalah sebagai penjelasan sahaja. Untuk maklumat lanjut mengenai terma dan syarat, sila rujuk
dokumen polisi

Adakah anda telah bersedia meninggalkan yg tersayang?
apakah bakal anda tinggalkan?

Harta?? atau beban Hutang

Bagaimana Pula kalau semalam kita telah tiada?
Fikir2kan..

Apakah simpanan kita cukup untuk menampung
segala hutang piutang bila kita tiada??

Bagaimana tentang pelajaran anak?
mampukan kita menanggung perbelajaan
10 tahun akan datang?

Kami ada plan untuk anda dan anak2 anda

Temui kami.. kami buka kan jalan untuk
membantu anda??

Lindungi diri anda dan keluarga tersayang
Today, there have been 13 visitors (16 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free